Riyadhus Solihin versi Indonesia karya Imam An Nawawi

riyadhus-solihinKitab karya Imam Nawawi ini judulnya “Riyadhus Shalihin” (Taman Orang-orang Shalih). Kitab ini berisi kumpulan nash-nash Al-Qur’an dan Al-Hadits mengenai berbagai persoalan umat islam: Ikhlash, Taubat, Sabar, Al-Haq, Muraqabah, dsb.

Daftar Isi:

riyadhus-solihinBab 1 Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar
Bab 2 Taubat
Bab 3 Sabar
Bab 4 Kebenaran
Bab 5 Muroqobah (pengintaiannya)
Bab 6 Ketaqwaan
Bab 7 Yakin dan tawakkal
Bab 8 Bertindak lurus
Bab 9 Memikir-mikirkan Keagungan Makhluk-makhluk Allah Ta’ala Dan Rosaknya Dunia ……
Bab 10 Bersegera Kepada Kebaikan Dan Menganjurkan Kepada Orang Yang Menuju Kebaikan ….. sampai dengan ………..
Bab 372 Uraian Perihal Apa-apa Yang Disediakan Oleh Allah Ta’ala Untuk Kaum Mukminin Di Dalam Syurga

Petikan Bab 55a: “Kelebihan Zuhud”.

Dari segi istilah, zuhud bermaksud meninggalkan kesenangan dunia demi mengejar kesenangan akhirat.

Firman Allah:

Sesungguhnya perumpamaan kehidupan dunia adalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit lalu tumbuh subur spesis tumbuh-tumbuhan bumi dalam keadaan bercampur-aduk — dari jenis yang boleh dimakan oleh manusia dan haiwan. Sehingga apabila bumi itu sempurna keindahannya dan cantik terhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduk bumi mula menyangka bahawa mereka boleh menikmati hasil tanaman mereka, tiba-tiba datang perintah Kami samada pada waktu malam atau siang lalu turun bencana dan terhapuslah sawah ladang mereka seolah-olah ia tidak pernah wujud kelmarin. Demikianlah Kami jelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami bagi mereka yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar bahawa nikmat dunia hanya sementara). [Yunus 24]

Firman Allah:

Ketahuilah bahawa hanya sa nya kehidupan dunia itu adalah merupakan permainan, keseronokan yang melalaikan, menunjuk-nunjukkan perhiasan, bermegah sesama sendiri dan berlumba-lumba memperbanyakkan harta dan zuriat — seumpama hujan yang membuatkan orang kafir (teruja dan) terpesona dengan tanam-tanaman mereka yang tumbuh subur menghijau kemudian (setelah ditimpa bencana) tanam-tanaman tersebut menjadi kering kuning dan hancur bersepai. Di akhirat nanti terdapat azab yang keras (untuk sebahagian manusia) dan keampunan serta keredhaan (untuk sebahagian lain). Dan kehidupan dunia itu tidak lain melainkan kesenangan sementara bagi mereka yang telah terpedaya. [Al-Hadid 20]

Firman Allah:

Takathur* telah melalaikan kamu. Sehinggalah kamu memasuki kubur. Jangan begitu. Kelak kamu akan ketahui (kesalahan kamu itu). Kelak kamu akan ketahui (kesalahan kamu itu). Jangan begitu. Alangkah baiknya kalau kamu mengetahui (apa yang bakal kamu tempuhi itu) dengan ilmu yakin. [Al-Takathur 1-5]

*Takathur = memperbanyakkan sesuatu seperti memperbanyakkan harta dsb.

Pranala:

%d blogger menyukai ini: